Daripada: Nasri - Pemilik Prestige Holiday

Re: Step-by-Step Bina Bisnes Pelancongan Online

Anda minat dalam bidang pelancongan? Adakah anda mempunyai impian untuk memulakan bisnes pelancongan anda sendiri? Adakah anda rasakan bahawa memulakan bisnes ini TERLALU SUSAH dan memerlukan modal yang besar...Atau anda memang tak tahu langsung bagaimana untuk memulakannya? 

Mahukah anda menjalankan bisnes ini hanya dari rumah anda ,100% menerusi internet, secara sampingan atau sepenuh masa, memperoleh pendapatan yang amat lumayan dan mempunyai masa rehat yang banyak bersama keluarga?

 

Jangan bimbang! Saya akan tunjukkan kepada anda kaedah mudah yang telah terbukti berkesan yang telah dan sedang digunapakai oleh mereka yang telah berjaya dalam bidang ini dan jalan pintas bagaimana anda boleh melakukannya dengan hanya beberapa langkah mudah sahaja.
 


 Siapakah yang layak untuk menceburi bisnes pelancongan secara online?

 

Bisnes pelancongan secara online ini sesuai untuk:

  • Lelaki atau Wanita
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Warganegara Malaysia
  • Penuntut IPTA atau IPTS
  • Penganggur
  • Surirumah
  • Pekerja di sektor awam dan swasta
  • Mereka yang mempunyai sedikit minat dalam pelancongan
  • Mereka yang mempunyai komputer dan talian internet
  • dan mereka yang sedang mencari pendapatan sampingan

 

Tahukah anda bahawa industri pelancongan memberikan pulangan yang sangat lumayan. Ia adalah penyumbang kedua terbesar kepada ekonomi negara.

 

Malahan pulangan yang diperolehi oleh seseorang yang menjalankan bisnes pelancongan bukannya dalam jumlah yang kecil. Bukan 3 angka, bukan 4 angka dan bukan 5 angka sebulan...TETAPI ada yang sampai 6 angka sebulan. Bayangkanlah betapa besarnya income yang diperolehi daripada industri ini.

 

Screenshot kedatangan pelancong ke Malaysia dan pendapatan yang diperoleh;

 

Sumber: Tourism Malaysia

 

Screenshot tadi menunjukkan betapa besarnya income dari sektor pelancongan. Ianya semakin meningkat dari tahun ke tahun. Tidakkah anda mahu merebut walau 1% daripada jumlah tersebut? Bayangkan berapa yang anda akan dapat dengan hanya 1% itu.  Cuba anda kira sekarang! Ruginya kalau dibiarkan begitu saja.


Saya pasti setiap daripada anda merasakan bahawa untuk memulakan bisnes pelancongan ini memerlukan modal puluhan atau ratusan ribu ringgit , betul tak? Dulu saya pun sependapat dengan anda. Dan memang tidak dapat dinafikan lagi..kalau nak menjalankan bisnes pelancongan secara OFFLINE memang memerlukan modal yang besar.

 

Tetapi, dengan adanya internet, menjalankan bisnes pelancongan bukan lagi satu perkara yang mustahil. Berani saya katakan, modalnya tak sampai pun seratus ringgit. Percayakah anda?

Saya bukan cakap kosong. Saya telah melakukan dengan jayanya secara sampingan semenjak dari tahun 2005 lagi.

 

Apa yang menariknya tentang bisnes pelancongan ini ialah, anda tak perlu lagi bersusah payah nak mempromosi tempat-tempat di dalam Malaysia ini. Kerajaan telah memperuntukkan jutaan ringgit untuk tujuan mempromosikan Malaysia ke serata dunia. Mengapa kita tak rebut peluang ini. Rugi yang teramat sangat. Cuba fikirkan!

 

Kita ada Kementerian Pelancongan dan agensi-agensi lain dalam membantu industri pelancongan ini supaya dapat berkembang dengan pesat. Media cetak dan juga media elektronik turut serta membantu mempromosikan sektor pelancongan ini melalui pelbagai bentuk kempen dan macam-macam lagi. Bahan-bahan promosi diberikan dan diedarkan secara percuma kepada orang ramai.

 

Puluhan malah ratusan juta yang dibelanjakan kerajaan bukannya satu jumlah yang kecil. Ianya teramat besar. Mampukah kita berbelanja sebanyak itu hanya untuk tujuan promosi? Terus terang saya katakan, memang TIDAK MAMPU!

 

 

Apakah faktor utama yang memadamkan terus impian anda

untuk memulakan bisnes pelancongan ini?

 

Secara ringkasnya saya boleh katakan antaranya:

1) Anda merasakan modal permulaaan yang BESAR yang bernilai puluhan ribu ringgit.

2) Ada ingin mencubanya TAPI..tak tahu bagaimana untuk melaksanakannya.

3) Anda rasa amat SUSAH untuk dilaksanakan

4) Langsung TIADA PENGALAMAN

5) Tiada PRODUK

6) Tiada IDEA

7) ..atau anda langsung tidak tahu apa-apa TETAPI mempunyai sedikit minat dalam pelancongan.

    

Pada mulanya, saya pun seperti anda. Tetapi disebabkan terlalu minat dalam industri ini, saya beranikan diri untuk mencubanya. Risiko yang mendatang saya ketepikan dulu. Mulanya sekadar suka-suka, tapi tak sangka pula sampai boleh berhenti kerja.))


Macam saya katakan di awal tadi, internet memudah dan merealisasikan segala impian. Tiada yang mustahil lagi. Segalanya bermula hanya di hujung jari anda.

 

 

    Siapakah Saya?

 


Nama saya Mohd Nasri. Saya mula melibatkan diri dalam bidang ini lebih kurang 7 tahun yang lalu semasa saya bekerja di sektor awam.

 

Pada masa itu, saya mulakan tanpa sebarang pengalaman. Disebabkan kerja saya pada masa itu memerlukan saya outstation 3...4 kali sebulan ke seluruh negeri, saya mula tertarik dengan bidang ini. Langkawi ialah salah sebuah tempat yang kerap saya pergi.

 

Jadi, semasa berada di dalam kapal terbang, saya mula terfikir untuk menulis sebuah ebook berkenaan Langkawi. Ianya adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Dan ebook ini adalah produk pertama saya dalam pelancongan.

 

Ebook ini adalah sebagai panduan kepada mereka yang pertama kali ingin menjejakkan kaki di sana. Ebook tersebut saya tulis lebih kurang 80 mukasurat dalam bahasa Inggeris dan jualnya secara online. Kalau anda nak tahu, saya jual pada harga USD29.

 

Lebih kurang sebulan selepas itu, saya mula mendapat jualan pertama. Dan jualan tersebut makin meningkat dari sehari ke sehari. Di samping itu, saya mula menambah ilmu berkaitan industri pelancongan ini daripada pembacaan, kajian sendiri dan juga bertanyakan orang yang lebih hebat dan telah berjaya dalam bidang ini.

 

Minat saya semakin bertambah. Langkah saya seterusnya ialah menyediakan perkhidmatan untuk membantu pelancong. Terus terang saya katakan, income saya meningkat 3 kali ganda. Memang di luar jangkaan saya dan kebanyakan pelanggan saya adalah dari oversea.

    

Untuk pengetahuan anda, Malaysia merupakan antara negara yang menawarkan harga termurah untuk hotel dan perkara yang berkaitan dengan pelancongan. Sebab itu pelancong luar negara tak rasa keberatan jika harga dalam Ringgit Malaysia tersebut di tukarkan ke Dollar. Bagi mereka ianya satu jumlah yang kecil. Apa yang penting bagi mereka ialah kepuasan semasa bercuti dan servis terbaik yang mereka dapat.

 

Menjelang tahun 2007, pendapatan saya makin bertambah. Jadi saya ambil keputusan untuk meletakkan jawatan dan memberikan 100% fokus kepada bisnes pelancongan saya. Sekali lagi saya mengorak langkah dengan meng'upgrade' kan bisnes saya dan pendapatan saya terus meningkat. Semuanya dilakukan dari bilik di rumah saya, 100% menerusi internet!

 

Pada mulanya, saya pun hairan macam mana saya boleh sampai ke tahap ini. Tanpa pengkhususan dalam bidang ini masa belajar dulu dan semasa bekerja pun dalam bidang yang berlainan. Mungkin disebabkan minat yang mendalam dalam bidang pelancongan yang menjadikan saya bersemangat untuk melakukannnya. Betullah kata orang, kalau kita mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu perkara, pasti ianya akan tercapai sekiranya berusaha.

 

Bayangkan saya ambil masa lebih kurang 2 tahun untuk memahami bidang pelancongan ini. Saya terpaksa belajar satu persatu. Belajar dari kesilapan dan dengan muka yang tebal pergi berjumpa dengan owner travel agents yang sudah berjaya untuk mendapatkan maklumat tambahan dalam bidang ini. Memang agak memenatkan. Tetapi hasilnya amat..amat berbaloi.

 

Perkara yang paling menyeronokkan melakukan bisnes pelancongan ini secara online ialah, saya tak pernah bersemuka dan berjumpa dengan pelanggan-pelanggan saya. Semua kerja dilakukan oleh orang lain. Tetapi AWAS! Ianya bukan sesuatu yang mudah dan mesti dilakukan dengan cara yang betul.

     

 

Apakah tujuan utama saya di sini?


Sekarang ini kalau dilihat, majoriti mereka yang menguasai bidang ini adalah daripada kaum bukan bumiputra. Memang tak dapat dinafikan lagi. Lihat saja di sekeliling anda. Memang betul kalau nak menjalankan bisnes pelancongan ini memerlukan modal yang besar. Memang anda dan saya tak mampu. Itu sekiranya dilakukan secara OFFLINE.

 

Tapi apa yang saya ingin tekankan disini ialah menjalankan bisnes pelancongan ini 100% secara online dan hanya memerlukan modal permulaan yang teramat kecil. Dengan modal sebanyak inilah saya mulakan bisnes ini 4 tahun dulu.

 

Tujuan saya disini juga untuk mengajak anda sama-sama untuk melibatkan diri dalam bidang ini yang sangat seronok dan pasti menjanjikan pendapatan yang sangat lumayan.

 

Saya sudah tahu bagaimana caranya dan telah berjaya melakukannya. Saya yakin anda juga begitu kerana ianya sangat mudah dan sangat murah. Kesemua maklumat tersebut saya telah kumpulkan berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan research yang telah saya lakukan sendiri.

 

 

Apakah kelebihan bisnes pelancongan secara online?

 

Antaranya:

  • Modal permulaan yang teramat rendah (tak sampai RM100)

  • Tersangat mudah untuk dilaksanakan (hanya beberapa langkah shj)

  • Dilakukan 100% menerusi internet dari rumah anda

  • Boleh dilakukan secara sampingan atau sepenuh masa

  • Memberikan pulangan yang berganda-ganda

  • Tidak perlu berjumpa pelanggan anda

  • Tidak memerlukan pengalaman (saya akan dedahkan semuanya)

  • Pasaran yang sangat luas ( worldwide)

  • Permintaan yang tinggi dan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa

  • Bantuan pemasaran dari kerajaan

  • Satu bentuk perniagaan internet yang sebenar

  • Long term business

...dan banyak lagi yang tidak pernah anda jangkakan.

 

 

 

Apakah potensi bisnes pelancongan secara online dan siapakah bakal pelanggan / target group anda?

 

Inilah satu soalan CEPU EMAS yang saya rasa anda semua perlu tahu. Rugi rasanya kalau perkara berkaitan potensi bisnes pelancongan dan bakal pelanggan anda tidak dititikberatkan. Baiklah..saya akan terangkan kepada anda serba ringkas berkenaan perkara tadi supaya ianya dapat membuka mata anda terhadap bisnes pelancongan ini.

 

  • Bisnes pelancongan sentiasa mempunyai pelanggan dan permintaan dari dulu, kini dan masa hadapan.

  • Sumber pendapatan terbesar kepada negara

  • Satu bentuk bisnes yang mampu bertahan lama (long term)

  • Kalau di lihat di luar negara, bisnes pelancongan secara online sudah dipraktikkan dan ada sesetengah daripada mereka sudah menjadi jutawan. Di Malaysia, perkara ini belum lagi diterokai sepenuhnya. 93% peluang masih terbuka.

  • Bakal pelanggan anda terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama yang merangkumi seluruh dunia.

  • Biar apa sekali pun pekerjaan ataupun perniagaan mereka, tetapi apa yang pastinya bercuti tetap menjadi pilihan semua. Maknanya di sini, produk pelancongan adalah untuk semua lapisan masyarakat.

  • Bakal pelanggan anda bertungkus-lumus bekerja, menjalankan pelbagai jenis perniagaan dan apabila tiba masanya, pergi bercuti juga menjadi pilihan mereka setelah penat bekerja. Jadi wang mereka tadi akan mengalir masuk kepada anda sekiranya anda menawarkan pelbagai bentuk produk pelancongan kepada mereka. Untungkan?

  • Melancong juga tidak mengenal status, pangkat dan kedudukan.

  • Dan yang pastinya, mereka yang hendak pergi melancong, sudah tentu mempunyai wang untuk dibelanjakan.


  • Kesimpulannya..melancong memang menjadi idaman semua termasuk anda dan saya. Tepuk dada tanya selera.

 

Sebelum ini, saya menjalankan PERSONAL COACHING kepada mereka yang berminat menceburi bidang ini. Harga untuk menyertai Personal Coaching ini ialah RM299.

 

Walaupun harganya agak mahal bagi sesetengah orang, TETAPI permintaan yang diterima memang di luar jangkaan saya hinggakan saya mengambil keputusan untuk 'STOP'kan personal coaching ni kerana terlalu penat hinggakan langsung tiada masa bersama keluarga.

 

Walaupun begitu, masih ramai yang menghantar email kepada saya..meminta saya membuka semula sesi personal coaching tersebut. Kalau anda nak tahu, memang penat saya mengendalikan sesi personal coaching ni. Fikir punya fikir, saya pun membukukan apa yang diajar di dalam personal coaching tersebut. Jadi ianya akan menjadi lebih mudah untuk semua.

 

Sebelum tu, apa kata anda lihat dulu testimoni para peserta saya yang telah menyertai sesi Personal Coaching sebelum ini..

 

 

"memang berbaloi.."

Saya join coaching Bro Nash 2 hari lepas, memang banyak perkara baru yang saya dapat. Memang potensi yang cukup besar dalam pelancongan. Pada mulanya ingatkan susah nak buat bisnes ni.

Lepas sembang-sembang dengan Bro Nash, memang tak la susah sangat.Memang kebanyakan travel agent kat Malaysia ni tak fokus sangat pasaran online sedangkan permintaan cukup tinggi.Jadi kita boleh tawarkan perkhidmatan ni.

Industri pelancongan merupakan industri berbilion dollar setiap tahun, cuma segelintir sahaja yang mengambil peluang. Saya pasti ramai yang ingin bercuti, malah sesetengah organisasi mengalakkan pekerja mereka bercuti agar dapat meningkatkan prestasi kerja mereka.

Lagipun kerajaan dah berbelanja sakan untuk promote Malaysia kat luar negara. Kita leh ambil peluang daripada momentum yang kerajaan buat tu untuk dapatkan pelanggan dari luar negara. Caj dalam USD lagi best!

Bro Nash dah tunjukkan potensi perniagaan ini kat saya. Memang tak rugi kalo anda join coaching ni. Boleh dikatakan memang berbaloi untuk mereka yang nak mulakan perniagaan internet berasaskan perkhidmatan di internet.

Malaysia ada banyak tempat menarik untuk dilawati. Gunakannya untuk anda buat duit.

Benda ni tak terlalu teknikal. Anda boleh sembang sembang sambil bergelak ketawa bersama Bro Nash nanti.

Thanks bro. Nanti kalo ada peluang kita jumpa minum kopi.

 

 

Sham (Raja Adsense)

     

"Daripada zero..

saya mendapat berbagai idea."

 

salam kengkawan ..

saya baru selesai personal coaching pelancongan dgn bro nash jam dari jam 10.30 mlm - 3 pagi tadi..sepatutnya 2 jam jer..tetapi bro nash lanjutkan sehingga saya betul-betul faham..itu yg best tuu..

bayangkan bermacam-macam ilmu pelancongan yg diajar oleh bro nash berkenaan bisnes travel online nie..


Daripada zero saya mendapat berbagai idea
yg boleh dicetuskan dlm bisnes travel online nie dgn kos yg teramat murah..

klu tak try kita tak tau..

betul kata bro nash..byk peluang yg masih belum diteroka lagi dlm bisnes travel online nie yg mana ianya dpt menghasilkan pulangan yg lumayan..


mcm2 idea yg dicetuskan oleh bro nash yg mana saya sendiri tak pernah terpikir yg benda tu boleh menghasilkan pendapatan lumayan wlupun hanya menjalankan perniagaan travel online dari rumah.. bak kata dari A - Z semuanya diajarkan oleh bro nash..sehingga berbagai-bagai idea melintas dlm kepala time tuu..

bagi saya, ilmu yg dicurahkan oleh bro nash tak ternilai dengan kos yg dikenakan.. tak rugi pun..ilmu yg diajar tu sgt berguna

saya sendiri dah set kan mana tempat pelancongan yg saya nak buat..rupanya tak susah setelah mendapat tunjuk ajar yg betul..

apa pun terima kasih bro nash diatas tunjuk ajar bro..

 

Zam (Alor Setar)

 

 

 

"Memang SUPERB!!"

salam..

saya dah pun menjalani coaching ngan bro nash..dua hari yg sudah..hari ahad mlm isnin..ape yg boleh ckp adalah superb!

first, bab layanan..mmg first class..wlaupon saya di'coach' dgn care unik, dan tanpa bertentang mata, namun saya rase mcm dkt je, dan boleh nampk ape yg beliau ajarkn..

and 2nd, ada ilmu yg beliau ajarkn sgt2 brmakna n bguna. Saya dh ada idea, mslhnye cume x nmpk jln. Ya! bkn satu jln, bro nash tnjukkan tapi beberapa jln untuk saya buat n yg sesuai ngn condition saya..semua bnda yg diajar mmg kite perasan cume x nmpk je..hehe..

anyway, harga yg dikenakan ngn ilmu yg bro bagi, plus ngn support seumur hidup..bg saya tu adalah x ternilai..niat bro ni mmg sgt bagus untuk tolong newbie2 travelling ni..mmg berbaloi la wa cakap lu! thanx bro..nnti saya bagi link kalau web dh siap k~

 

Syukri (Melaka)

 

 

"..mendedahkan satu perniagaan yang boleh membawa kita pergi lebih jauh lagi."



Kalau tak silap saya, dalam pertengahan bulan Ramadhan (selepas beberapa malam tertangguh), saya memulakan pembelajaran saya bersama saudara Nasri.

Apa yang saudara Nasri lakukan adalah mengoptimisekan satu niche yang org luar M'sia tak buat dan org M'sia pun tak buat. Jadi, buat apa nak buat apa yg begitu ramai org lain dah buat?

Dalam sesi ini saudara Nasri telah membuka minda saya dan membincangkan pelbagai idea yang timbul dan kat mana nak fokus kerana dlm niche ini terdapat pelbagai idea yg boleh buat kita rambang mata.

Secara terus-terang saya katakan saya amat puashati dgn coaching saudara Nasri ni kerana mendedahkan satu perniagaan yang boleh membawa kita pergi lebih jauh lagi.

Kenapa saya tak terfikir benda ni selama ini?

Terima kasih saudara Nasri. Saya akan mulakan langkah pertama dgn buat research dan nego bila balik kg nanti.

Rakan-rakan, gunakan apa yg negara kita ada...tanpa berebut2 sesuatu dgn mereka yang diluar..

 

Affendy

www.rahsiamaklumatpelanggan.com

 

 

"Memang Puas Hati."


Salam,

Selesai sudah session aku bersama encik Nasri jumaat malam sabtu yg lepas...

Bro ni tak ikut mcm yg dijanjikan...kata 2 jam...SEBALIKNYA die explain kat aku sampai aku betul2 paham! Pendek kata, dia bukan saja ajar apa yg dalam modul saja, tapi sebanyak mana soalan yg aku tanye pun semuanya dijawab oleh beliau...itu menambahkan keyakinan aku terhadap pengalaman beliau dalam bidang ni. MEMANG PUAS HATI!

Kepada kawan2, percayalah, bidang pelancongan ni sangat luas, dan personal coaching bersama bro Nash ni sangatlah berganda-ganda manfaatnya kalau nak dibandingkan dengan harga yang beliau offer sekarang, sebab, kita akan dipandu dan di'guide' untuk approach bisnes dalam bidang ni secara sistematik dari A sampai ke Z, dari 0 sampai ke 100..whichever you like.

Seriously ni pertama kali aku jumpa personal coaching yang sangat murah berbanding dengan pulangannya. Tunggu apa lagi kawan2, anda tahu tindakan seterusnya!

-ps: kalau aku tahu isinya mcm ni, memang aku akan rebut peluang ni awal2 walaupun harga naik 3 kali ganda!-

salam

 


Mohd Kamal Ariff
014-534 3288

 

 

" Memang tak patut....saya rasa kecewa.... "


Saye adalah salah seorang peserta coaching bro Nasri nie.Alhamdulilah saye bersyukor semua nye berjalan lancar.

Memang tak patut sebab nilai ilmu yang diberikan adalah berkali ganda dari sedikit modal yg saye keluarkan.Anda akan perolehi lebih daripada apa yang dijanjikan.

Saye kecewa kerane harga coaching ini yang terlalu rendah jika hendak dibandingkan dengan pulangan yang akan diperolehi nanti.

Ini macam punya orang pun ada ka.............

Rahsia pada coaching ini bukanlah pada promosi,pembikinan website atau pemproses kad kredit.Terdapat satu rahsia yang merupakan kunci kepada kecemerlangan perniagaan ini.Nak tahu ape...saye tak buleh pecah rahsia di sini.Anda sendiri perlu join coaching nie.

Sangat berbaloi.Trime kasih bro Nasri.

P/S : Saye ada berbincang dengan bro Nasri supaya segera menaikkan harga PC nie....Jadi nasiblah....sape cepat die dapat.

 

 

 Fetty Ayu (Kuala Lumpur)

 

 

 

"memang MUDAH..!"

 

 

Saya baru je lepas join coaching dgn bro nash pagi td..

 

At first saya ingat bidang pelancongan nie memang complicated dari segi proses nak booking hotel sume tu..TAPI lepas dgr explanation dr bro nash memang bende ni sebenarnye tidak susah pon..kite je yg tak nampak.

 

MEMANG MUDAH!..sumenye bleh buat kat dpn komputer dr proses nk book sume tu..

Memang sume la die cover..mcm mane nk dpt package

termurah..dr segi website..marketing.

 

Memang tak rugi join..pulangan nye mmg hebat..


Thanks bro.

 

Shafiq (Subang)

 

                                   -BERITA TERKINI-

 

" Saudara Shafiq telah BERJAYA menyiapkan laman web menjual produk pelancongannya yang pertama selepas beberapa minggu beliau join Personal Coaching ini".

 

Laman web beliau adalah www.GoRedang.com

 

 

 

 

 

Maka terhasillah ebook "REVOLUSI PELANCONGAN ONLINE" (blueprint).

 

 

 

Secara ringkasnya, antara isi kandungan ebook ini ialah:

Langkah 1. Cara Pemilihan Tempat Pelancongan (Niche)

Langkah 2. Maklumat Yang WAJIB Anda Ketahui (Dibongkarkan)

Langkah 3. Bagaimana Mendapatkan Produk Pelancongan Yang

                        Laku Keras.

Langkah 4. Bagaimana Menerima Tempahan (cara paling mudah)

Langkah 5. Proses Menerima Bayaran ( untuk pelancong dalaman

                         dan luar negara )

Langkah 6. Proses Pembatalan ( Booking Cancellation)

Langkah 7. Proses Penjualan & Pemasaran

 

Bagaimana pula dengan harga ebook ini?

 

Seperti yang anda sedia maklum, harga untuk Personal Coaching saya sebelum ini ialah RM299. Mungkin agak mahal untuk anda. Tetapi tidak mahal bagi sesetengah yang lain. Memang amat berbaloi dengan ilmu yang mereka terima.

 

Jadi, adakah saya akan meletakkan harga yang tinggi juga untuk ebook ini?

 

Saya tidaklah sekejam itu. Kalau boleh, saya ingin anda menceburi bidang ini..mengambil kesampatan yang ada di dalam bisnes ini..menjana keuntungan lumayan, merasai keseronokan dan kenikmatannya hingga membuatkan anda mampu tersenyum sendirian atas kejayaan anda.

Dan untuk makluman anda, ebook ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Belum ada lagi ebook yang berkaitan bagaimana memulakan bisnes pelancongan secara online di dedahkan kepada umum. Malah, di luar negara juga, ebook belum luas dipasarkan.

 

Anda beruntung kerana anda menjadi antara yang terawal memiliki ebook terhebat abad ini. Kalau harga untuk personal coaching ialah RM299, berapakah harga ebook ini?

 

Pada saat ini, khas untuk anda, harga ebook ini cuma...RM80 sahaja!

Ya! Khas untuk anda hanya RM80 sahaja.

Tetapi ingat, harga ini akan dinaikkan pada bila-bila masa sahaja!

 

 

Ebook ini merupakan satu revolusi terkini dan pertama kali didedahkan di Malaysia untuk anda melibatkan diri dalam industri ini yang sangat menguntungkan dan belum lagi diterokai sepenuhnya secara online. Ianya akan membuka minda anda ke dalam satu bentuk perniagaan internet yang sebenar yang akan menjadikan anda orang pertama merasai kehebatannya dan kenikmatannya.

 

Ebook ini sangat..sangat sesuai untuk anda yang mempunyai modal yang kecil tetapi memiliki impian dan jiwa yang besar untuk berjaya dalam sektor pelancongan. Dan yang menariknya, ianya dapat dilakukan hanya dari keselesaan rumah anda menerusi internet dan peratusan risiko yang teramat kecil.

 

Di dalam ebook ini juga, saya akan menceritakan segala-galanya. Dalam masa 24 jam selepas anda selesai membacanya, pelbagai idea dan produk pelancongan akan tercetus dalam kepala anda hinggakan anda pun menghadapi masalah untuk memilih yang sesuai.

Dan saya ingin tekankan di sini ialah bisnes pelancongan ini MAMPU bertahan lama dan boleh diwariskan kepada anak-anak anda. Ianya tidak seperti produk lain yang dijual secara online yang hanya boleh bertahan untuk sesuatu tempoh sahaja dan mengikut permintaan semasa.

 

Kalau anda lihat, produk berbentuk pelancongan ini tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Cuma anda memerlukan sedikit kreativiti mengikut citarasa pelanggan dan zaman. Tetapi hakikatnya ia masih lagi kekal sebagai produk pelancongan.

 

INGAT! Bisnes pelancongan sentiasa mempunyai permintaan di pasaran dari dulu, sekarang dan akan datang. 

 

Ianya juga satu kaedah atau cara bagaimana anda MEMBINA PERNIAGAAN SEBENAR DI INTERNET yang menjamin masa hadapan anda (long-term bisnes) dan bukannya sekadar membuat duit di internet (short-term).

 

Jadi, rebutlah peluang keemasan yang datang hanya sekali ini. Inilah masanya untuk anda membina "The Real Internet Business" dari keselesaaan rumah anda.

 

Cuba anda renung semula screenshot kedatangan pelancong ke Malaysia dan jumlah pendapatan yang di peroleh. Rebutlah dengan segera sementara peluang masih terbuka.

 

"Bertindak sekarang untuk masa depan anda dan anak-anak anda!"

"Bersama Membina Perniagaan Yang Sebenar Di Internet"

 

Sahabat Anda;

Nasri

BisnesTravel.com